ingin berkongsi sesuatu yang ana dapat dari Facebook sebentar tadi..menarik..ada kebenarannya..mari sama-sama kita lihat,baca,faham,dan fikir...
Senjata wanita yang boleh mendatangkan fitnah besar kepada ISLAM dan umatnya :
1)Air mata
2)Merajuk dan suka bermanja -manja
3)Berhias diri dan bergaya
4)Berpura -pura sakit
5)Senyuman
6)Penipuan
7)Kata-kata yang manis
8)Mempertakuti bahawa ia akan lari.(menakut-nakut kn @ mengancam orang)
lihat sahabat-sahabat...benar bukan?mmg itu senjata yg kuat bg seorang wanita...senjata yang mampu mengalahkan seorang lelaki dengan mudah...sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W telah pun memberi amaran tentang perkara ini lebih 1400 tahun yang lalu...mari kita sama-sama bongkar kembali...
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tidaklah aku tinggalkan selepasku akan fitnah bagi lelaki yang terlebih besar daripada fitnah wanita.”
(Hadis)
Rasulullah s.a.w. menegah lelaki pergi mengunjungi rumah wanita asing. Seorang bertanya kepada baginda, “Walaupun yang pergi itu adik atau abang si suami?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Dia adalah seumpama maut bagi wanita tersebut.”
(Bukhari)
Sebagaimana sukar bagi seseorang itu untuk menyelamatkan dirinya daripada maut, jika seseorang wanita itu tidak mengambil berat dengan purdah (atau aurat) di depan iparnya samada yang tua atau muda maka berkemungkinan besar risiko yang dia akan terjebak ke dalam dosa.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Wanita itu adalah sesuatu yang perlu disembunyikan. Jikalau dia keluar, maka syaitan akan memandang kepadanya dan berusaha untuk menyesatkannya.”
(Tirmizi)
Read more: http://ismadiyusuf.blogspot.com/2010/08/wanita-sebesar-besar-fitnah-wanita.html#ixzz1UvpCXRos
hmm jadi para sahabiah sekalian sama-sama lah kita menjaga aurat kita...dan aurat itu tidak terbatas pada tubuh badan kita saja malah tingkah laku dan percakapan juga aurat..dan pada ana sendiri apa saja yg kita lakukan yang akan melambangkan diri kita maka itu aurat yg perlu dijaga....teringat kisah seorang wanita yang dijanjikan syurga baginya kerana menjaga auratnya dari tersingkap...SubhanALLAH sesungguhnya ingin benar diri ini menjadi sepertinya...diri ini sememangnya bukan seorang wanita solehah namun diri ini amat ingin menjadi seorang wanita yang solehah...

sahabat yang dicintai kerana ALLAH sekalian...semoga kita semua diberkati ALLAH...InsyaALLAH kita akan bertemu disuatu tmpt yg telah ALLAH janjikan..dan semoga pertemuan itu nanti pertemuan yg dimuliakan-NYA...AMEEN~
DITULID KEMBALI OLEH:ANIS NABILAH
No comments:
Post a Comment