suatu hari seorang naqib ana bertanya,
"pernah berjumpa dia (merujuk kepada penulis buku yang diangkat)?"
ana menggeleng tanda tidak pernah.
"rugi duduk kelantan,mengaji sana tapi xpernah jumpa dia. ulama' hebat ni. murobbi tarbiyah yang sangat tawadhuk."
sambung naqib ana.
saat itu juga hati memasang impian untuk bertemu "dia" yang dimaksudkan. ingin benar menimba ilmu darinya. tidak lama selepas itu seseorang lagi pernah bertanya,
"kenal x ustaz ni?"
"penah dengar nama dan baca buku-buku dia tapi xpernah jumpa"jawab ana.
"nanti, kita bawak sahabat-sahabat jumpa dia"
itu sebuah janji yang memang dikota. Alhamdulillah tidak lama selepas itu ana dan sahabat-sahabat dibawa ke rumah ustaz tersebut, bertemunya, menuntut ilmu darinya,belajar adab darinya, mendengar taujihat tarbiyah darinya, pesanan-pesanan mengenai ilmu darinya.
saat pertama mata melihat beliau.
Allahurobbi,
putih,bersih,suci dan tiada cela.
Ya Allah inikah janji-Mu pada mereka yang sentiasa mendekatkan diri dengan-Mu?
jantung berdegup laju bagai baru lepas berlari pantas...
macam nak luruh pun ada.
perasaan saling berperang untuk menguasai diri sebelum ana dapat kembali tenang untuk mendengar bait katanya.
setiap apa yang dikata, setiap apa yang didengar, itu yang ana kejar untuk dicatat.
beliau sangat tegas dalam adab,
beliau sangat tegas dalam mencari ilmu,
beliau sangat tegas dalam menyampaikan,
namun masih wujud kelembutan,
namun masih wujud kasih sayang,
masih ada cinta dalam bait katanya.
ana bahagia berada disitu,di saat itu.
impian telah tercapai,
hajat telah dikota,
ilmu yang disampaikan ana sebarkan, ana cuba amalkan.
diri sentiasa memasang hajat untuk bertemunya sekali lagi...
Namun Allah yang paling menyayanginya...
Dia pergi bertemu Allah pada tanggal 14 Jun 2012 jam 6.35ptg...
jantung bagai terhenti berdegup, hampir luruh rasanya,
terkejut mendengar berita yang tiba-tiba itu.
segera disedekah Al-Fatihah kepada beliau, berdoa kepada Allah...
dunia dakwah dan tarbiyah kehilangan seorang lagi permata, Murobbi tarbiyah yang dikasihi ramai...
memang tiada guna ditangisi pemergian mereka, tetapi ana terlintas satu perkara di minda
"diakhir zaman, Allah akan menarik kembali nikmat ilmu dengan mematikan para ilmuan hingga yang tinggal adalah mereka yang jahil, kemudian turunlah bala Allah sebagai balasan."
Allahurobbi, ana takut, ana terus dan terus berdoa...
pesan-pesan as-syeikh at-tarbawi sentiasa terngiang-ngiang ketika itu
ana berazam untuk mengajak lebih ramai untuk mendekati ilmu, menghargai ilmu, mencintai ilmu, mendalami ilmu, mencari ilmu...
:: Al-Fatihah kepada Ustaz Yahya B Othman yang telah kembali menemui Ilahi. Semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang soleh, pejuang-pejuang agama Allah::
DITULIS KEMBALI OLEH:ANIS NABILAH
No comments:
Post a Comment